Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin
SMK Mantin terletak di utara daerah Negeri Sembilan. Sekolah ini yang jaraknya 16km dari Seremban mempunyai keluasan 18 ekar. SMK Mantin telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965 di SRJKC Chung Hua,Mantin. Seramai 236 pelajar dari aliran Melayu dan Inggeris belajar di situ. Ketika itu terdapat tiga kelas tingkatan peralihan, tiga kelas tingkatan satu aliran Inggeris, satu kelas tingkatan tiga lanjutan. Bilangan guru seramai 10 orang dan kelas dijalankan pada waktu petang. Pada bulan Oktober 1968, pelajar-pelajar dan guru-guru telah berpindah ke bangunan sekolah baru yang didirikan bersebelahan SRJK ( C ) Chung Hua. Antara kemudahan yang ada pada ketika itu iaitu 12 buah bilik darjah, sebuah bilik lukisan, sebuah bilik pertukangan tangan, sebuah kantin dan padang permainan..more



